Tuesday, September 8, 2009 | | 1 comments

LAPORAN MAJALAH SERI LINTANG JILID 28 2009
JAWATANKUASA INDUK KRS SMK BATU LINTANG SESI 2008/09
-
GURU PENASIHAT :
Leftenan Muda Sanada ak Jaki
Leftenan Muda Joshua Buncha
Leftenan Muda Basri Bin Zakaria
Leftenan Muda Nosin Ak Ngayot
-
PENGERUSI : Koperal Abdulssalam Khan
-
NAIB PENGERUSI : Koperal Hadi Syazwan Bin Iskandar
-
SETIAUSAHA : Lans Koperal Joana Clement
-
BENDAHARI : Lans Koperal Dayang Nur Farahany
-
AHLI JAWATANKUASA :
Lans Koperal Adima Farahin
Lans Koperal Michel Asprilla
Lans Koperal Aaron Lasah Ngo
Lans Koperal Abdul Aziz
Lans Koperal Ophelia Mawas
Lans Koperal Kimberly Kern
Lans Koperal Leenna Bte Roslan
Lans Koperal Raffy Thomas
Lans Koperal Nur Syazwani
Lans Koperal Nur Amira
Lans Koperal Nurashniza Ashwin
Lans Koperal Claudia Sangan
Kadet Issalliena Masan
Kadet Jacqlyn Prisilla
Kadet Ixora Kaylyn
-
AKTIVITI-AKTIVITI
1. Perkhemahan Bersepadu KRS/NGO di SMK Lake, Bau.
2. Pertandingan Kawad Kaki NGO/KRS di SMK Matang Jaya.
3. Ujian Kenaikan Pangkat Ahli KRS
4. Majlis Pentauliahan Ahli KRS di Bako.
5. Perkhemahan Tahunan Ke-2 Kadet Remaja Sekolah di KLCC, Bako.
6. Latihan Kawad Kaki
7. Majlis Jamuan Akhir Tahun 2009
8. Simpulan dan Ikatan
9. Pertolongan Cemas
10. Kem kraf dan membina Gajet.

Sunday, August 23, 2009 | | 5 comments

JAMUAN AKHIR TAHUN KADET REMAJA SEKOLAH 2009

Pasukan Kadet Remaja Sekolah akan mengadakan JAMUAN AKHIR TAHUN 2009 istemewa untuk ahli-ahli KADET REMAJA SEKOLAH. Berikut adalah maklumat ringkas mengenai majlis tersebut.

TARIKH : 17 Oktober 2009
MASA : 6.30pm - 11.00pm
TEMPAT : Kingwood In
BAYARAN : RM25

Semua ahli Kadet Remaja SMK BL yang berminat sila hantar nama kepada pihak urusetia.

Pasukan Kadet Remaja Sekolah juga menjemput ahli Unit beruniform lain di SMK BL yang berminat untuk menyertai aktiviti ini.

Bagi tujuan pendaftaran dan bayaran sila hubungi pihak urusetia ;

Lans Koperal Ophelia (4 Ikhklas)
Lans Koperal Kimberly (4 ikhlas)

Sekian, terima Kasih.

| | 0 comments

AKTIVITI "SPIDER WEB" SUNGGUH MENCABAR

KLCC - Laporan perkhemahan menyusul semula. Kali ini adalah mengenai aktiviti "spider web" yang terpaksa dilalui oleh para peserta dalam larian halangan. Kesungguhan dan semangat kerjasama dikalangan ahli amatlah ketara dilihat. Para peserta dikehendaki melalui lubang berkenaan tanpa menyentuh tali.


Thursday, August 20, 2009 | | 0 comments

KAD KOKURIKULUM KRS
Semua Ahli Kadet Remaja Sekolah diminta untuk menghantar Kad Kokurikulum kepada guru-guru penasihat untuk proses penilaian kokurikulum bagi tahun 2009.

Kad tersebut hendaklah dihantar untuk dinilai selewat-lewatnya 1 Sept 2009 iaitu selepas cuti sekolah.

Sekian, terima kasih.

Sunday, August 16, 2009 | | 1 comments

PASUKAN KADET REMAJA SMK BATU LINTANG CUKUP BERGAYA
KUCHING-Pasukan Kadet Remaja Sekolah SMK Batu Lintang cukup bergaya beraksi di hadapan kemera semasa Kejohanan Sukan Tahunan 2009 bada bulan Jun yang lalu. Dengan harapan yang begitu tinggi pasukan ini berazam untuk menjuarai Pertandingan Perbarisan Sempena Kejohanan berkenaan, tetapi malang nya mereka tidak mendapat sebarang tempat. Walaubagaimana pun mereka telah menunjukkan komitmen yang tinggi. Kita pasti bahawa kejayaan akan berpihak kepada mereka jika sentiasa berusaha untuk memperbaiki sebarang kelemahan yang ada. Taniah sekali lagi kepada pasukan ini.

Thursday, August 13, 2009 | | 0 comments

BAKAL PEGAWAI TINGGI TENTERA MALAYSIA Lenna, Dima, Ayu & phelia bergaya semasa Hari Sukan SMK Batu Lintang
KUCHING-Gambar ini dirakamkan semasa Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Batu Lintang pada bulan Jun yang lalu. Mereka merupakan sebahagian daripada ahli KRS yang menyertai Pertandingan Perbarisan dalam Kejohanan berkenaan. Walaupun Pasukan KRS tidak mendapat tempat dalam pertandingan tersebut, keempat-empat ahli tersebut berazam untuk meraih piala kemenangan pada tahun hyadapan. Semoga Berjaya.

Tuesday, August 4, 2009 | | 0 comments

PERJUMPAAN HARI SABTU - 1 OGOS 2009
Semua ahli Kadet Remaja Sekolah SMKBL diminta hadir untuk perjumpaan MINGGUAN seperti dalam butiran dibawah ;

TARIKH : 1 OGOS 2009 (SABTU)
TEMPAT : Tapak Letak Kereta
MASA: 7.30am -9.00am

Diantara aktiviti yang diadakan pada minggu ini ialah Sesi Fotografi, Ikatan dan Kem Kraf (Membuat gajet). Kehadiran adalah WAJIB. Sila gunakan pakaian yang lengkap.
Sekian, terima Kasih.

Leftenan Muda Joshua Buncha
29 July 2009 7.51pm

| | 6 comments

PESERTA KEM BERAKSI DALAM AKTIVITI LARIAN KOMANDO
Salah satu lagi slot yang terkandung dalam Perkhemahan Tahunan Ke-2 KRS SMKBL tahun ini adalah aktiviti LARIAN KOMANDO. Terdapat 8 halangan telah disediakan oleh pihak KLCC untuk direntasi oleh para peserta. Sebelum bermula aktiviti ini para peserta diberikan talimat ringkas daripada Leftenan Muda Joshua dan Leftenan Muda Basri mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil oleh para peserta.


Keseluruhannya aktiviti ini adalah sungguh mencabar dan memerlukan tahap kerjasama yang tinggi di kalangan peserta. Semoga aktiviti ini akan memberi impak yang mendalam kepada semua perserta kem. Sekian terima, kasih.

Sunday, August 2, 2009 | | 6 comments

KALAU ADA YANG MENANG, PASTI ADA YANG KALAH....

Kalah menang memang adat permainan, setiap pertandingan atau perlawanan mesti ada pihak yang menang dan ada pihak yang kalah. Bagi pihak yang menang perlu memikirkan strategik untuk mempertahankan kemenangan pada masa akan datang manakala bagi pihak yang kalah perlu pula memikirkan untuk memperbaiki kelemahan. Kekalahan itu merupakan kunci kepada segala kejayaan.

Pasukan yang menang dan berjaya pasti akan menari dan menyanyi.

Pasukan yang kalah (kecundang) pasti akan kecewa dan bersedih.
Maka, berakhirlah aktiviti Tempur Tanpa Senjata yang telah dilangsungkan di KLCC. Semoga aktiviti ini dapat memberi kesedaran kepada semua peserta kem ini. Jadikan ianya sebagai panduan dalam menghadapi cabaran-cabaran dalam perjalanan kehidupan terutama kepada peserta-peserta yang akan menghadapi PMR 2009 dan SPM 2009.

Friday, July 31, 2009 | | 6 comments

PERTEMPURAN PUN BERMULA........

Setelah sekian lama mengatur strategi dan perancangan maka Pasukan GBS 1 dan GBS 2 pun memulakan pertempuran. Beberapa aksi yang menarik dan hebat telah ditunjukkan oleh setiap ahli pasukan. Mereka berhempas pulas melindungi KING & QUEEN mereka daripada tercedera. Ada yang sanggup membasahkan diri sendiri untuk kejayaan pasukan masing-masing. Sikap sepertinya lah yang amat diperlukan oleh generasi muda masa kini.

Aksi yang paling hebat dan paling menarik.
Afifi berusaha keras untuk melindungi Queen pasukan beliau daripada tercedera. Sikap yang paling baik. Sanggup mengorbankan diri sendiri demi kejayaan pasukan. Syabas...!

Jacqlyn memulakan aksi melontar BOM tangan.

Ariffin dan ahli pasukan nya bertungkus lumus untuk mendapatkan bekalan senjata.

Thursday, July 30, 2009 | | 14 comments

PERSEDIAAN TERAKHIR AKTIVITI TTS-KE4

Sebelum pertempuran bermula para paserta diberikan plastik dan diminta mengisi plastik berkenaaan dengan untuk dijadikan BOM TANGAN. Masa yang diberikan untuk persediaan ini adalah lebih kurang 30 minit. Macam-macam peralatan yang digunakan oleh para peserta untuk mengangkut air dari bawah bukit. Ada yang menggunakan baldi, periuk, besen, cerek dan sebagainya untuk membuat BOM TANGAN seberapa banyak yang mungkin.

Berita selanjutnya selepas ini.......

Peserta asyik mengisi air untuk dijadikan BOM TANGAN dalam aktiviti ini.

Jacqlyn dan temannya sempat bergambar semasa proses membuat BOM.

Selepas selesai bekalan senjata, maka para peserta sedang bersedian untuk mengatur strategi untuk memusnahkan KING & QUEEN pihak lawan. Di sini strategi adalah paling penting untuk memastikan kejayaan pasukan. Jika ahli pasukan telah terkena BOM TANGAN (Basah) maka mereka tidak dibenarkan lagi untuk beraksi dalm pasukan.

Saksikan kesudahan berita ini pada keluaran yang akan datang..........

Sallam, Aoran dan Hadi mengatur sstrategi dalam aktiviti ini. "Kita perlu serang tempat letak senjata pihak lawan dulu, baru kita dapat menang" kata Aoran.

Pasukan yang diwakili oleh Dayang sedang bersedia untuk bertempur.

| | 9 comments

PERSEDIAAN PERANG DUNIA KE-3 - TEMPUR TANPA SENJATA KE-4

Kejayaan dalam aktiviti Tempur tanpa senjata ke-4 pula adalah bergantung kepada strategi, pemikiran, ketahanan, teknik dan semangat yang WAJA. Para Ahli KADET yang mengikuti perkhemahan di KLCC dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu GENG BAS SEKOLAH 1 dan GENG BAS SEKOLAH 2. Mereka diberi masa selam 30 minit untuk menyediakan bekalan peluru untuk pertempuran ini.


Berita selanjutnya selepas ini........


Kerjasama merupakan nilai yang UTAMA dalam aktiviti seperti ini.
Afifi bertungkus lumus dan penuh semangat untuk membantu pasukannya.

Langkah seorang PEWIRA...penuh dengan semangat waja. Syabas...

Tuesday, July 28, 2009 | | 6 comments

SESI FOTOGRAFI ESOK DIBATALKAN

Sesi Fotografi yang dijadulkan esok bersamaan 29 July 2009 (Rabu) terpaksa ditunda ke Hari Sabtu ; 1 Ogos 2009 ini. Semua ahli kadet diminta hadir pada perjumpaan pada hujung minggu untuk sesi fotografi.

Lans Koperal NurAshwin diminta menyebarkan perkara ini kepada pelajar SESI PETANG manakala Lans Koperal Joana Clement pula diminta membuat memaklumkan perkara ini kepada pelajar SESI PAGI.

Sekian, terima kasih.
Leftenan Muda Sanada Ak Jaki
28 July 2009

Monday, July 27, 2009 | | 3 comments

BAJU NO. 4 (BAJU KAWAT)

Para peserta Pertandingan Kawat Kaki yang menggunakan baju no. 4 (Baju Kawat) KRS SMKBL, sila berjumpa dengan Tuan Basri pada atau sebelum 1 Ogos 2009 (Sabtu) untuk mendapatkan Borang Pinjaman Baju. Kerjasama daripada semua peserta amatlah dihargai.

Lans Koperal Nurashniza Ashwin diminta berjumpa dengan Tuan Basri dengan kadar yang SEGERA untuk menguruskan baju peserta-peserta SESI PETANG.

Sekian, terima kasih.
Leftenan Muda Basri bin Zakaria
26 July 2009 1.37pm

Sunday, July 26, 2009 | | 21 comments

LAGU PEMBAKAR SEMANGAT - TEMPUR TANPA SENJATA KE-3

Kumpulan BAS 1 sedang mengempur pihak lawan dengan rangkaian lagu-lagu pembakar semangat.

Peserta kumpulan BAS 2 dah bersedia untuk bertempur.

Tempur Tanpa Senjata Ke-3 memainkan peranan penting dalam membentuk jiwa seorang ahli KADET SEKOLAH yang bersemangat waja. Melalui aktiviti ini mereka akan menyampaikan lagu-lagu yang berunsur pembakar semangat yang membantu mereka menghadapi apa-apa jua halangan atau rintangan dalam hidup di masa hadapan. SYABAS untuk kedua-dua Pasukan GBS.

| | 12 comments

SERANGAN BOM NUKLEAR - TEMPUR TANPA SENJATA KE-2
Abdulsallam sedang beraksi untuk memulakan aktiviti TTS Ke-2 di padang kawat KLCC

Lans Koperal Adima masih ketawa terbahak-bahak walaupun terkena serpihan bom.

Aktiviti ini dinamakan Tempur Tampa Senjata Ke-2 (BOM NUKLEAR). Semua peserta diminta berkumpul dalam satu bulatan mengelilingi Abdulsallam. Apabila arahan diberikan, Sallam akan bergerak dalam keadaan mata tertutup untuk mendapatkan para peserta. Sekira tertangkap oleh Sallam maka peserta berkenaan telah terkena seperhan BOM NUKLEAR. Pengajaran dari aktiviti ini ialah
"Setiap daripada kita tidak dapat lari daripada masalah atau tekanan. tetapi bagaimana kita hendak menghadapi masalah atau tekanan tersebut yang penting"


| | 14 comments

SENI MEMPERTAHANKAN DIRI (SILAT) - TEMPUR TANPA SENJATA 1

Ahli kadet dengan penuh bersemangat mengikuti aktiviti TTS 1 iaitu Seni Silat Cakar Harimau.
(PASUKAN BAJU HITAM)

Muhammad Izzudin dan Rahmat Fuzilla beraksi menunjukkan seni silat dibantu oleh Tuan Basri.
(PASUKAN BAJU KUNING)

Seni Mempertahanan diri merupakan salah satu element penting dalam Persatuan KRS Malaysia. Aktiviti Tempur tanpa senjata 1 ini telah berlangsung di Klambu Lang Cave Camp pada bulan June yang lalu. Urussetia yang membantu melatih para peserta kem terdiri daripada ahli Persatuan Seni Silat Cakar Harimau SMK Batu Lintang iaitu MUHAMMAD IZZUDDIN BIN RAKAWi dan RAHMAT FUZILLA BIN NORIZAN. Ribuan terima kasih diucapkan kepada PERSATUAN SENI SILAT SMKBL.....

| | 7 comments

KEPUTUSAN UJIAN KENAIKAN PANGKAT SESI 1/2009 Tahniah kepada semua ahli kadet yang telah LULUS Ujian Kenaikan pangkat yang lalu...!!

| | 8 comments

SENAMAN PAGI DI KLCC

Bersenam beramai-ramai seperti ini, amatlah menyeronokkan.

Joana, Ian dan Hakim sedang melakukan aktiviti leleng kepala.
Aktiviti senaman pagi merupakan aktiviti yang wajid diikuti oleh semua peserta kem KRS. Berbeza dengan perkhemahan pada tahun lepas (2008) semua peserta kem pada tahun ini tidak mandi pagi sebelum aktiviti senaman pagi dijalankan. Walaubagaimanapun semua peserta memberi kerjasama yang tinggi dalam aktiviti ini. "Amalkan Gaya Hidup Sihat" .

Friday, July 24, 2009 | | 0 comments

SESI FOTOGRAFI
Semua ahli-ahli KRS yang mempunyai baju no. 4 (baju kawat) atau baju no. 3 (baju pengawai) sila hadir untuk sesi fotografi seperti dalam butiran dibawah ;

Tarikh : 29 July 2009 (Rabu)
Masa : 9.40am
Tempat : Dewan Sri Lintang
Pakaian : Baju no. 3 dan no. 4 (Lengkap)

Baju 'T' KRS tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi fotografi ini. Kepada ahli KRS yang telah mengikuti blog ini, sila maklumkan perkara ini kepada semua ahli KRS di kelas masing-masing.

Sekian, terima kasih.
Leftenan Muda Sanada ak Jaki.
22 July 2009

| | 6 comments

TERIMA KASIH UNTUK SALLAM, MICHEAL & AARON

Begitu serius mengikuti latihan penyesuaian gelanggang.


Keletihan terpancar di muka kedua-duanya setelah bertungkus lumus melatih para peserta.



Abdulssalam Khan sedang membantu Tuan Basri melatih para peserta untuk Penyesuaian Gelanggang sebelum pertandingan dimulakan.


Ribuan terima kasih diucapkan kepada Abdulssalam Khan, Micheal Asprilla dan Aaron Lasah kerana telah bertungkus lumus membantu memberi latihan untuk para peserta Pertandingan Kawat Kaki KRS/NGO peringkat bahagian di SMK Matang Jaya. Kerjasama dan komitmen sebegini amatlah diperlukan untuk memantapkan Persatuan KRS SMKBL di Bahagian Kuching. TANIAH dan SYABAS sekali lagi.

| | 5 comments

PERJUMPAAN HARI SABTU
Penjumpaan pada minggu ini (25 July 2009) terpaksa dibatalkan kerana semua guru-guru penasihat menghadiri kursus di SMK BL. Walaubagaimanapun kehadiran Ahli Kadet untuk aktiviti Derma Darah anjuran PBSM adalah dianggap sebagai kehadiran dalam kad kokurikulum. Sila Hantar Kad Kokurikulum jika anda terlibat.

Sekian, terima kasih.
Leftenan Muda Joshua Buncha
21 July 2009.

Thursday, July 23, 2009 | | 12 comments

AKTIVITI CAR WASH DI KLCC
Para peserta telah bersedia untuk mengikuti aktiiti car wash.
Tuan Basri mengarahkan para peserta kem beratur dalam 2 barisan untuk menjalankan aktiviti car wash. Nampaknya ada gaya polis trafik.
Aktiviti car dimulakan dengan memutarkan mesin-mesin pembasuh untuk memastikan peserta telah bersedia untuk menghadapai cabaran yang seterusnya.
Perkhemahan Tahunan ke-2 KRS SMKBL telah berlansung di KLCC pada bulan June 2009 yang lalu. Salah satu daripada aktiviti yang mendapat tempat dikalangan peserta adalah aktiviti yang dinamakan CAR WASH. Aktiviti ini bertujuan untuk menyedia para peserta bagi menghadapi cabaran (aktiviti) yang seterusnya. Semua masalah-masalah yang timbul semasa di sekolah ataupun di rumah dapat dilupakan kerana melalui aktiviti ini ianya telah dibersihkan oleh mesin yang dicipta oleh peserta kem ini.

Sunday, July 19, 2009 | | 23 comments


PERTANDINGAN KAWAT KAKI KRS/NGO
DI SMK MATANG JAYA


Pasukan Kadet Remaja Sekolah SMK Batu Lintang telah menyertai Pertandingan Kawat Kaki KRS/NGO Peringkat Bahagian Kuching Kategori KRS ( Perempuan ) bertempat di SMK Matang Jaya pada 14 April 2009 yang lalu. Seramai 35 orang ahli kadet perempuan terlibat. Ketua skuad ialah Lans Koperal Joana Clement dan dibantu oleh Koperal Abdulssalam Khan selaku jurulatih. Pasukan ini diiringi oleh Leftenan Muda Joshua dan Leftenan Muda Basri Zakaria. Walaupun tidak mendapat sebarang kedudukan dalam pertandingan tersebut tetapi TAHNIAH dan SYABAS kepada semua ahli kadet yang terlibat kerana berjaya menyertai pertandingan sebegini buat julung kalinya.

Sunday, July 12, 2009 | | 9 comments

SELAMAT DATANG KE BULETIN KADET REMAJA SEKOLAH SMK BATU LINTANG

Pelajar adalah aset yang amat berharga dalam menentukan arah pembangunan pada masa akan datang. Dalam konteks pendidikan kebangsaan kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting demi membangunkan potensi pelajar secara menyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah berjaya membina disiplin pelajar serta meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namun demikian masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi muda yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan pelajar yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI).
Menyedari keperluan ini Kadet Remaja Sekolah (KRS) hendaklah ditubuhkan di semua sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan seluruh negara sebagai salah satu pasukan Pakaian Seragam di sekolah. Kewujudan KRS sekaligus dapat memenuhi kepelbagaian citarasa, minat dan bakat pelajar berdasarkan objektif yang dikemukakan.